Thursday, June 26, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah kami dah pon berumahtangga. Bz sket tu yg lama tak update blog. Gambar kawen tak siap lagi. Nanti kalau dah siap akan diupload dan akan diceritakan mengenai hari nikah kami. Honeymoon pon nanti2 laa citer eh.

Skang ni kami dua dah pon mula bekerja. Abang hari khamis lepas kahwin tu dah start kerja. Saya cuti seminggu lepas kawen. Masa cuti tu dok umah abang. Belajar laa masak ngan mama mertua. Baru ku tahu sekarang mcm mana nak masak sambal sedap mama. Boleh laa cuba lepas ni.

Alhamdulillah so far berumahtangga ni.. byk adjustment yg kena buat. Yelaa dulu dok sorang, skang ni dok berdua. Famili pon dah ada 2. So byk laa family agenda. Mkn sini mkn sana..lawat famili2 semua. Adjustment sesama sendiri pon kena gak. Skang ni nak kena fikir makan minum suami cukup, baju semua siap, bilik kemas, semua laa.. Tapi takper, saya suka. Asalkan dpt menggembirakan suami, saya pon gembira.

Ni saya dah start keje kat kuantan ni..terpaksa berjauhan dengan abang. Weekend jer saya balik KL. Tak pon abang dtg kuantan. Tp so far aku jer yg balik KL sbb balik free kan hehe. Hopefully cepat laa masa setahun ni berlalu. Rasa tak best suami isteri berjauhan ni. Memanglaa ada rasa rindu tp kalau boleh dok dekat kan best. Boleh aku tgk2 dia..hmmm

Minggu lepas kitorang balik kampung batu pahat. Nenek buat kenduri arwah pas tuh skali laa ngan menyambut pengantin baru untuk kami. Sampai kol 12 mlm sebab bertolak pon kol 10 mlm. Sebab attend kak Yati nyer wedding dulu kat Perdana Felda. Mlm tu sampai terus tidur. Then mlm tu ada ribut..rumah nenek rasa mcm nak tercabut jer atap tuh. Saya punya laa takut. Seb baik abang ada nak tenangkan saya hehe.

Esok paginya mmg jadi cerita laa ribut tuh. Kenduri plak semua ok. Petang kami balik. Tp singgah parit sapran jap. Umah Pak Man dia. Then balik KL. Sampai dlm kol 730 mlm. Sampai2 dah penat.

So far tu laa cerita kami. hehe.. Nanti kami update lagi pasal nikah hari tu. Minggu depan baru siap gambar. Video dah siap. Hari-hari saya tgk hehe..

-alin-

Thursday, June 5, 2008

Debaran dan Minyak

Assalamualaikum

Tinggal 2 hari lg..saya akan bergelar puan..cuaksssssnyerrr... kawan2 ramai dah yg call tanya persiapan semua.. harap2 semua berjalan lancar.

Skang ni alhamdulillah everything is going well.. Malam tadi baru jer gi hantar hantaran kat kak nurul.. perrggghhh.. nak jumpa kat kelana jaya jer.. 15 minit boleh sampai..alih2 tgk 3 jam baru sampai..stuck in a massive traffic jam.. ni gara2 minyak naik harga laa.. nak gi isi minyak jer dah 1 jam.. penuh stesen minyak.. aku rasa hidup akan menjadi susah laa selepas ni..
Sampai kelana jaya pon dekat2 kol 12 mlm..borak2 ngan kak nurul..kasi dia barang2.. insyaAllah everything is going as planned.

Hari ni plak nak pegi buat facial, pasang signage, isi cenderahati dlm bag, kemas2 rumah..byknyerr keje kena buat... Esok plak ada rehearsal kat masjid. Semalam gi masjid tgk derang dah buat persiapan dah..alhamdulillah..

Huhu..saya rasa berdebar sgt..sgt excited.. Kawan2 doakan semua berjalan lancar k.. Dan doakan perkahwinan ni yg terbaik..

-alin-