Sunday, September 20, 2009

Aidilfitri 2009 Day 1

Awal2 pagi dah dengar suara nenek kejut semua org bangun subuh. Abah plak kol 5 pagi dah set jam bangung. Disebabkan kampung ramai org, saya tido dalam bilik ngan athirah, abah n mama. Abg plak decided to sleep outside. Segan kot nk tido ngan in-laws, yelaa berdengkur mmg no 1 hehe..mana tak segan..

Semua org pon bangun solat subuh. Then its time to breakfast. Perghhh..mmg syok. menu must have in batu pahat is Lontong. Kalau takde lontong tak raya laa namanya. Lepas breakfast org2 laki semua siap2 sebab nk gi solat raya. After semua org laki hilang, org pompuan plak siap2 dekat umah and sediakan makanan. Sebab nnt org masjid nk dtg takbir. Kitorang sediakan kuih2 ngan air jer. Busu kat umah sebelah dah siapkan buffet nasi beriani hehe.


Around 9 lebih kot abah, arif n abg dah balik. Pelik sebab org lain tak balik lagi. Mesti derang ikut rombongan masjid kot. Rupa2nyer arif sakit perut...tu yg kena balik awal. Half hour later baru dak2 laki lain balik. Pak uda plak ajak arif n abg gi ikut rombongan masjid. Abg pon ikut lerrr.. Dlm kol 12 lebi9h baru abg balik. Balik2 jer tgk muka ketat jer..rupa2nyer penat isi tangki. Abg kata dia gi dlm 7-8 umah takbir. Sambil2 tu mkn lerrr... tu yg balik umah muka ketat jer tuh hehe..

Apa lagi..lepas balik..abg terus landing..kepenatan sgt kot. A few minutes lepas abg sedap landing..ada laa beberapa ketul org join sekali hehe..
Saya plak tak abis2 nk amik gambar. Nenek pon letih nk amik gambar dah. The rest semua biasa laa..lepak tgk tv..

dlm kol 1 kot... rombongan masjid dtg umah kami plak. Derang takbir. Ramainyer orggg....
After semua org dah balik mulalah sesi mengambil gambar..Seb baik ada ifiq dengan camera best dia tuh. Dia laa photographer kami. Mula ngan famili saya, then pakngah n pak uda. Famili busu sibuk..tak sempat nk amik gambar..


Petang sikit makngah dah balik. Sebab nk buat dialysis esoknyer. Tinggal pakngah and nadhir jer. Abg plak ajak gi umah PakMan dekat sri gading (dlm setengah jam dr kampungku). Kitorang pon tatau jalan sgt..so pakai redah jer. Alhamdulillah sampai. Sampai2 jer tgk makngah abg ada jugak kat umah PakMan. Kitorang pon mkn n mkn.

Lepas umah PakMan, abg ajak gi Batu Pahat Mall (otw jer pon). Abg ckp sebab saya takde baju raya jalan lg, so abg nk belikan yeayyy. Seb bek ada pon baju. Lepas BP Mall, pulang kembali ke umah nenek. Semua org pon tgh penat relaks depan tv.


-alin-

Saturday, September 19, 2009

Pre-raya 2009

This year was my turn to raya at my kampung. Tahun lepas umah hubby. Tahun ni raya dekat kampung abah at batu pahat.
Bangun pagi sabtu ni, kemas2 rumah sikit, packing baju. Then makan jap. Pas tuh abg nk gi hantar jeans untuk dipotong. Depan rumah ni jer. Uncle kedai tu kata pukul 3 baru siap. So takperlaa kitorang tunggu jer. At the same time, abg nk gi potong rambut. So kitorang pon pergila section 2/2 sebab ada kedai gunting rambut. Lama gak nk potong rambut ni. Tgk2 dah pukul 2 kot.
Balik umah terus sembahyang zohor before keluar rumah. Abg mandi. Relaks2 jap then kol 3 pon keluar rumah. Amik jeans then terus gerak ke batu pahat. Yeay!!! Baaaalik kampung..

Tp before that nk singgah umah mama papa serdang. Sebab angah dah belikan butang baju melayu abg. Tertinggal plak dekat serdang. So singgah serdang jap. Amik butang baju. So finally around 4++ baru bermula betul2 perjalanan balik kampung...

Jalan ok. Cuma jam sikit dekat seremban. Ada sedikit accident on the other side but as usual all lanes affected. Target kitorang to arrive at kampung before buka puasa. Sian abg. Dalam dilemma dia sepanjang bawak kereta. Nk speed atau tak..takut gak kalau2 kena saman..

Tp alhamdulillah sempat gk sampai.. 5 minit sebelum buka puasa dah sampai..alhamdulillah.

Lepas buka puasa, kitorang main bunga api. Nadhir and abg beli byk mercun and bunga api. Mcm berlawan plak main mercun sebab kampung sebelah pon berdentum2. Best2


-alin-

Tuesday, June 16, 2009

Operation

Today, abg will be undergoing his operation. Semalam saya amik halfday sebab nak teman abg checkin ke hospital - Damansara Specialist Centre. Kitorang checkin petang. Punya laa lama nak tunggu bilik ready. Yang bestnyer semua bilik penuh, so kitorang dapat bilik single. Besar and selesa. Hari ni, doktor awal2 pagi dah dtg. Masa tu saya tgh mandi. Doktor brief dekat abg mcm mana operation nnt. Abg awal2 minta bius satu badan sebab dia takut hehe.

Bascially, abg asyik cramp kaki. So last week abg pergi scan and x-ray. Doktor nampak ada slipped disc dekat tulang belakang. Also, doctor nampak tulang abg mcm ada lopong2/reput sikit. So doktor takut penyakit lama abg dtg balik. Operation kali ni doktor nk amik sample dekat tulang belakang nk tgk apa punca tulang tu reput. Dalam masa yg sama doktor nk betulkan slipped disc yg menyebabkan abg cramp selalu. Doktor suh siap2 sebab dlm pukul 9 lebey dah nk masuk operatin theatre. Saya amik cuti hari ni so that boleh teman abg.

At 945am, abg pon masuk operation theatre. Saya tunggu dekat waiting room. Ada gak family2 lain tunggu sekali. Ada satu family tu mak dia operate mata. Ada yg lagi operate ketumbuhan dekat otak. Masa tunggu tu saya baca doa harap2 semua berjalan lancar. Sms pon byk dpt kebanyakan from family and friends abg. Terima kasih semua atas doa semua. Doktor kata operation kejap..tp saya tunggu kol 1 pon tak keluar2 lagi. So saya balik bilik dulu untuk solat zohor. Sekali tgk dalam bilik ada 2 jambangan bunga. Tak sedar siapa bagi. Rupa2nya kawan2 ofis abg. Dlm kol 130 papa ngan angah dtg. Kitorang tunggu sambil menonton tv. Dalam pukul 2.45 ptg baru abg keluar. Lama nyer dlm operation. Abg keluar tu abg sedar dah..tp dia sakit2. Kalau katil dia tergerak sket, dia rasa pedih dekat belakang. Lepas dah masuk bilik abg rehat jer.. tido. Dlm kol 5 lebey papa n angah balik. Petang plak, muzaffar, abah, arif ngan athirah dtg. Muzaffar bawak rojak tp abg takleh mkn lg. So saya ngan arif laa melantak hehe. Lepas derang balik, tinggal lah daku kesorangan. Malam tu saya temankan abg. Tido dekat hospital kat atas kerusi. Kerusi tu cantum dua. Sebenarnyer nyenyak jer sbb penat sgt hehe.

Keesokan harinya abg dah boleh minum. Pagi bagi abg minum milo. Nurse kata kalau dah boleh minum milo then boleh bagi mkn dah. Pagi ada nurse fizio dtg. Abg kena praktis jalan kaki. Tp susah abg nak bangun. Nak jalan pon kena pakai tongkat and terketar2. Tp alhamdulillah kaki semua boleh gerak.
Tgh hari abg dah boleh mkn sikit2 dah. Amin si botak tu pagi2 dah dtg. Kawan2 ofis abg datang tgh hari. Segerombolan dtg penuh bilik. Muzaffar pon ada jugak. Kawan2 abg buat lawak kesian abg kena tahan gelak hehe. kang jahitan terbukak plak. Besar gak luka abg tuh, rasanya dlm sejengkal gak. Petang plak, pakngah n makngah dtg tp abg tido masa tuh. Mlm mama, papa n angah dtg. Abg semakin sihat. Makan semua dah belasah. Tp dia asyik gatal dekat bahagian luka tuh. Sebab dia tak boleh nk bergerak sgt so belakang dia tuh asyik berpeluh. So tugas aku laa untuk lap belakang dia and garu bila dia gatal. Nk buang air pon pakai botol special hehe.

Esoknya saya start kerja dah. Mama plak takeover jaga abg. Mama kata kawan2 abg dr ofis datang lagi. Batch kedua. Ucu n family pon dtg. Malam kekni, abg khir and Taeeba dtg. Hari Jumaat pon mama jaga abg lagi. Abg pagi2 kena pergi buat fizio. Belajar gerakkan kaki. Sabtu pagi sambung buat fizio. Kali ni saya temankan abg fizio. So tgk laa camne abg buat fisio. Comel jer hehe.. Petang ecal, din, alynn and am dtg melawat. Dalam kol 5 kitorang discharge. Abg tak sabar nak balik rumah. Untuk sementara waktu ni, kitorang akan tinggal kat umah mertua aku. Sbb nnt aku pergi kerja at least mak dia n ayah dia ada. Papa dah pencen. Takde laa abg keseorangan nnt.

Bila kitorang sampai umah serdang, tgk2 ayahli n family dtg. Derang dtg melawat abg.
Alhamdulillah operation berjalan dengan lancar. Abg pon semakin sihat. Skang kena habiskan sessi fisio. Terima kasih semua atas doa2. Mmg tak tahu camne nak balas cuma boleh ckp terima kasih.

-alin-

Monday, January 12, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang


This entry is specially dedicated for my hubby..

Dearest Abang,

Thank You for everything
Thank You for being patient with me
Thank You for understanding me
Thank You for caring me
Thank You for scolding me
Thank You for driving me
Thank You for listening to every bebelan hehe
Thank You for trusting me
Thank You for supporting me
Thank You for accepting me
Thank You for always being there right beside me (except bila ada kfc depan mata, u lupa i hehe)
Thank You Thank You Thank You
Thank You Allah for letting me know this great great momok cucuk cicit person :)

For all that we have been through, there's hikmah for each one of it. Moga-moga dengan segala yang telah kita lalui, kita akan ambil iktibar and improve ourself k.

Hope you enjoy the ogawa hehe. Ingat, satu bulan satu inci tau.
Org doakan abg segala kebaikan di dunia dan akhirat. Moga segala impian abg akan jadi kenyataan.

Semoga juga jadi matang sempena dah tua ni heheh...

Happy 26th Birthday abang... I love u soooooooooooooooooooooooooooooo much babang... muah muah muahhhhhhhhhhhhhhh
Can't wait till June when me n u going to be together for real...

-alin-