Today, abg will be undergoing his operation. Semalam saya amik halfday sebab nak teman abg checkin ke hospital - Damansara Specialist Centre. Kitorang checkin petang. Punya laa lama nak tunggu bilik ready. Yang bestnyer semua bilik penuh, so kitorang dapat bilik single. Besar and selesa. Hari ni, doktor awal2 pagi dah dtg. Masa tu saya tgh mandi. Doktor brief dekat abg mcm mana operation nnt. Abg awal2 minta bius satu badan sebab dia takut hehe.
Bascially, abg asyik cramp kaki. So last week abg pergi scan and x-ray. Doktor nampak ada slipped disc dekat tulang belakang. Also, doctor nampak tulang abg mcm ada lopong2/reput sikit. So doktor takut penyakit lama abg dtg balik. Operation kali ni doktor nk amik sample dekat tulang belakang nk tgk apa punca tulang tu reput. Dalam masa yg sama doktor nk betulkan slipped disc yg menyebabkan abg cramp selalu. Doktor suh siap2 sebab dlm pukul 9 lebey dah nk masuk operatin theatre. Saya amik cuti hari ni so that boleh teman abg.
At 945am, abg pon masuk operation theatre. Saya tunggu dekat waiting room. Ada gak family2 lain tunggu sekali. Ada satu family tu mak dia operate mata. Ada yg lagi operate ketumbuhan dekat otak. Masa tunggu tu saya baca doa harap2 semua berjalan lancar. Sms pon byk dpt kebanyakan from family and friends abg. Terima kasih semua atas doa semua. Doktor kata operation kejap..tp saya tunggu kol 1 pon tak keluar2 lagi. So saya balik bilik dulu untuk solat zohor. Sekali tgk dalam bilik ada 2 jambangan bunga. Tak sedar siapa bagi. Rupa2nya kawan2 ofis abg. Dlm kol 130 papa ngan angah dtg. Kitorang tunggu sambil menonton tv. Dalam pukul 2.45 ptg baru abg keluar. Lama nyer dlm operation. Abg keluar tu abg sedar dah..tp dia sakit2. Kalau katil dia tergerak sket, dia rasa pedih dekat belakang. Lepas dah masuk bilik abg rehat jer.. tido. Dlm kol 5 lebey papa n angah balik. Petang plak, muzaffar, abah, arif ngan athirah dtg. Muzaffar bawak rojak tp abg takleh mkn lg. So saya ngan arif laa melantak hehe. Lepas derang balik, tinggal lah daku kesorangan. Malam tu saya temankan abg. Tido dekat hospital kat atas kerusi. Kerusi tu cantum dua. Sebenarnyer nyenyak jer sbb penat sgt hehe.
Keesokan harinya abg dah boleh minum. Pagi bagi abg minum milo. Nurse kata kalau dah boleh minum milo then boleh bagi mkn dah. Pagi ada nurse fizio dtg. Abg kena praktis jalan kaki. Tp susah abg nak bangun. Nak jalan pon kena pakai tongkat and terketar2. Tp alhamdulillah kaki semua boleh gerak. Tgh hari abg dah boleh mkn sikit2 dah. Amin si botak tu pagi2 dah dtg. Kawan2 ofis abg datang tgh hari. Segerombolan dtg penuh bilik. Muzaffar pon ada jugak. Kawan2 abg buat lawak kesian abg kena tahan gelak hehe. kang jahitan terbukak plak. Besar gak luka abg tuh, rasanya dlm sejengkal gak. Petang plak, pakngah n makngah dtg tp abg tido masa tuh. Mlm mama, papa n angah dtg. Abg semakin sihat. Makan semua dah belasah. Tp dia asyik gatal dekat bahagian luka tuh. Sebab dia tak boleh nk bergerak sgt so belakang dia tuh asyik berpeluh. So tugas aku laa untuk lap belakang dia and garu bila dia gatal. Nk buang air pon pakai botol special hehe.
Esoknya saya start kerja dah. Mama plak takeover jaga abg. Mama kata kawan2 abg dr ofis datang lagi. Batch kedua. Ucu n family pon dtg. Malam kekni, abg khir and Taeeba dtg. Hari Jumaat pon mama jaga abg lagi. Abg pagi2 kena pergi buat fizio. Belajar gerakkan kaki. Sabtu pagi sambung buat fizio. Kali ni saya temankan abg fizio. So tgk laa camne abg buat fisio. Comel jer hehe.. Petang ecal, din, alynn and am dtg melawat. Dalam kol 5 kitorang discharge. Abg tak sabar nak balik rumah. Untuk sementara waktu ni, kitorang akan tinggal kat umah mertua aku. Sbb nnt aku pergi kerja at least mak dia n ayah dia ada. Papa dah pencen. Takde laa abg keseorangan nnt.
Bila kitorang sampai umah serdang, tgk2 ayahli n family dtg. Derang dtg melawat abg. Alhamdulillah operation berjalan dengan lancar. Abg pon semakin sihat. Skang kena habiskan sessi fisio. Terima kasih semua atas doa2. Mmg tak tahu camne nak balas cuma boleh ckp terima kasih.
-alin-
Tuesday, June 16, 2009
Operation
Subscribe to:
Comments (Atom)