Alhamdulillah kami dah pon berumahtangga. Bz sket tu yg lama tak update blog. Gambar kawen tak siap lagi. Nanti kalau dah siap akan diupload dan akan diceritakan mengenai hari nikah kami. Honeymoon pon nanti2 laa citer eh.
Skang ni kami dua dah pon mula bekerja. Abang hari khamis lepas kahwin tu dah start kerja. Saya cuti seminggu lepas kawen. Masa cuti tu dok umah abang. Belajar laa masak ngan mama mertua. Baru ku tahu sekarang mcm mana nak masak sambal sedap mama. Boleh laa cuba lepas ni.
Alhamdulillah so far berumahtangga ni.. byk adjustment yg kena buat. Yelaa dulu dok sorang, skang ni dok berdua. Famili pon dah ada 2. So byk laa family agenda. Mkn sini mkn sana..lawat famili2 semua. Adjustment sesama sendiri pon kena gak. Skang ni nak kena fikir makan minum suami cukup, baju semua siap, bilik kemas, semua laa.. Tapi takper, saya suka. Asalkan dpt menggembirakan suami, saya pon gembira.
Ni saya dah start keje kat kuantan ni..terpaksa berjauhan dengan abang. Weekend jer saya balik KL. Tak pon abang dtg kuantan. Tp so far aku jer yg balik KL sbb balik free kan hehe. Hopefully cepat laa masa setahun ni berlalu. Rasa tak best suami isteri berjauhan ni. Memanglaa ada rasa rindu tp kalau boleh dok dekat kan best. Boleh aku tgk2 dia..hmmm
Minggu lepas kitorang balik kampung batu pahat. Nenek buat kenduri arwah pas tuh skali laa ngan menyambut pengantin baru untuk kami. Sampai kol 12 mlm sebab bertolak pon kol 10 mlm. Sebab attend kak Yati nyer wedding dulu kat Perdana Felda. Mlm tu sampai terus tidur. Then mlm tu ada ribut..rumah nenek rasa mcm nak tercabut jer atap tuh. Saya punya laa takut. Seb baik abang ada nak tenangkan saya hehe.
Esok paginya mmg jadi cerita laa ribut tuh. Kenduri plak semua ok. Petang kami balik. Tp singgah parit sapran jap. Umah Pak Man dia. Then balik KL. Sampai dlm kol 730 mlm. Sampai2 dah penat.
So far tu laa cerita kami. hehe.. Nanti kami update lagi pasal nikah hari tu. Minggu depan baru siap gambar. Video dah siap. Hari-hari saya tgk hehe..
-alin-
Thursday, June 26, 2008
Alhamdulillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment