Tuesday, April 15, 2008

Tanda Kesyukuran Kami padaMu ....

Assalammualaikum ...

Pertama, diri yang serba kekurangan ini ingin mengucapkan syukur diatas pertolongan serta petunjuk yang diturunkan olehMu didalam perjalanan kami sewaktu melaksanakan rancangan ini. Alhamdulillah sekali lagi untukMu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Bermula dengan mencari photographer, barangan hantaran, pihak masjid, jurunikah, borang pendaftaran untuk berkahwin, ujian HIV, majlis jamuan untuk para tetamu, jurusolek ... semuanya buat masa ini, alhamdulillah semuanya berjalan lancar, maksud berjalan lancar ini adalah semua rancangan yang telah dirancang InsyaAllah akan mengikut jadual seperti yang telah ditetapkan.

Sekarang ini, hanya yang tinggal untuk kami selesaikan adalah kursus kahwin, InsyaAllah akan berlangsung pada hari Sabtu iaitu 19hb April di Pusat Bandar Damansara. Kemudian kad undangan Majlis Pernikahan kami, masih lagi dalam proses, InsyaAllah akan siap dalam 2 minggu lagi. Saguhati untuk para tetamu juga masih lagi didalam perbincangan kami lagi.

Selain dari itu, terdapat juga pihak yang ingin membantu kami dalam barangan hantaran, Alhamdulillah, dan masih lagi terdapat perkara yang mengembirakan hati kami berdua iaitu ibubapa pihak perempuan bersetuju untuk membantu kami dari segi kewangan dan juga menambah kuih muih didalam menu makanan para tetamu yang hadir di majlis pernikahan kami nanti. Syukur padaMu Ya Allah S.W.T.

Apa yang penting sekali, dan yang selalu adilin ingatkan pada aku adalah untuk bersabar serta tabah menghadapi segala apa jua yang berlaku. InsyaAllah. Terima kasih yang tidak terhingga padaMu serta Nur Adilin yang tidak pernah jemu dengan perangai aku yang banyak songeh dan kuat makan ...

Amin ...

Ryzal

No comments: